Bab 2


HUKUM TANWIN DAN NUN SAKINAH DAN HURUF SELEPASNYA



 





(Hukum Tanwin)

Selepas Tanwin Huruf Izhar

- Huruf Izhar 
  • Jumhur Ulama '- ء ، ه ، ع ، ح ، غ ، خ
  • Abu Jaafar - ء, ه, ع, ح
- Kedudukan Tanwin
  • Baris dan tanwin berada di atas huruf dalam keadaan yang sama 
  • Contoh: (-)

Selepas Tanwin Iqlab

- Huruf Iqlab 
  •  ب
- Tanda: Menggunakan mazhab dua
  1.  Abu Daud (yang diamalkan) - mim kecil sebagai pengganti tanwin
  2.  Ad Dani - tanda kedua-dua tanda tanwin dan baris

Selepas Tanwin Selain Huruf Izhar Dan Iqlab

- Kedudukan 
  •  Bris dan tanwin menulis berselisih, tanda tanwin menghadap sedikit tanda tanda baris 



(Hukum Huruf Yang Lalu Selepas Tanwin)

Huruf Izhar Atau Iqlab Atau Ikhfak

- Meletakkan baris sahaja tanpa tasydid
  • Contoh: عليمًا حكيما 

Huruf idgham 

- Kumpulan pertama: ن ، ر ، م ، ل 
  •  Meletakkan tasydid dan baris 
  •  Kerana menunjukkan idgham kamil  (makhraj masuk dengan sempurna)
- Kumpulan kedua: ي ، و
  •  Meletakkan baris tanpa tasydid kerana bukan idgham kamil
  • Khalaf an Hamzah: tempat tasydid dan baris kerana dibaca dengan menggunakan makhraj yang sempurna



(Hukum Pada Nun Mati / Sakinah)

Selepas nun sakinah huruf izhar

- Meletakkan tanda sukun atas nun (نْ)
-Kerana tanda atau bentuk yang dibaca dengan jelas dan nyata 
- Selain izhar tidak ada sukun di atas hruf nun 

Selepas nun sakinah huruf iqlab

- Pilih  dua mazhab
  •  Abu Daud (yang diamalkan) - Meletakkan mim kecil atas tanpa ada sukun 
  • Ad Dani - tidak ada sukun



(Hukum Huruf Yang Berlaku Selepas Nun Sakinah)

Huruf Izhar atau ikhfak atau iqlab 
- Meletakkan barisnya tanpa tasydid
  •  Contoh: يُنفِقُون
Huruf idgham 

- Kumpulan pertama 
  •  Meletakkan tasydid dan baris untuk menunjukkan idgham 
- Kumpulan kedua 
  • Jumhur Ulama: - 2 mazhab
  1.  Yang diamalkan   - hukum nun: tidak ada sukun - hukum huruf Selepasnya: tidak ada tasydid pada barisnya 
  2. Yang oleh ahli magharibah (barat) dan menjadi pilihan syaikhan - hukum nun: memilih sukun atasnya - hukum huruf selepasnya: memilih tasydid pada barisnya kerana menunjukkan idgham naqis




(Muhammad Amir Zuhdi Bin Zuhair)

No comments:

Post a Comment